Prolog
Ralit dia memerhati lelaki yang seorang itu
berkemas. Laju sahaja tangan kekar
menyusun itu ini. Sekejap sahaja meja yang tadi bersepah berubah kemas.
Segala kertas yang sudah dikepal-kepal tadi elok diterbangkan masuk ke dalam
bakul sampah yang tidak jauh daripada meja kerja lelaki itu.
“Semua dokumen dah
siap?” tanya dia.
Lelaki itu mengangguk.
“Ada semua dah aku bubuh dalam briefcase
aku ni.”
“Okey. Baju, seluar, boxers...”
“Oh, shut up! Kau tak nampak tu?” Lelaki itu
memuncungkan bibir ke arah tepi pintu. Sebuah beg troli sedang berdiri di situ.
Mohd Ikram mengekek.
Wajah merah sahabatnya ditatap dengan perasaan geli hati. Dalam tegas dan
garang Raif Sufyan Hadi, ada juga menyimpan rasa malu apabila dia menyentuh
bab-bab ‘dalaman’. Pantang sebut sikit dah nak menyinga.
“Mana Mac Pro kau? Aku tak nampak pun?” Dia bertanya lagi. Apa nak buat? Dia dah
terbiasa dengan tugasannya sebagai pembantu peribadi lelaki itu. Sebab itu dia
sentiasa peka dengan apa sahaja yang ingin dilakukan oleh Raif. Walaupun sejak
bertahun-tahun bekerja bersama dan dia tahu Raif sangat teliti orangnya, setiap
pertanyaan ini perlu sebagai checklist. Lagipun
Raif nak pergi jauh. Kalau tertinggal barang ingat senang ke nak patah balik?
Raif menepuk dahi. Matanya liar mencari
sesuatu.
“Cari apa?” tanya
Ikram.
“Beg galas aku.”
Buntang mata Ikram
buat seketika sebelum tawanya meletus.
“Apa?” Raif dah kerut
kening.
“Kau ni kenapa, bro? Gabra sangat sampai beg sandang
yang kau tengah galas kat bahu tu pun kau tak sedar?” tanya Ikram.
Raif terpisat malu.
Beg galas itu diletakkan di atas meja. Zip ditarik untuk melihat isinya. Dia
berasa lega kerana di dalam beg itu sudah pun terisi dengan Mac Pro dan Ipadnya. Tangan kemudian menggagau poket seluar. Ada Iphone 5nya di situ. Lega. Dia yakin,
semua sudah lengkap kini. Tinggal hendak memulakan perjalanan sahaja lagi.
“Kau memang nak buat
benda ni, Raif?” Ikram inginkan kepastian.
Lelaki itu tersenyum
lalu mengangguk mendengar soalan itu.
“Berapa lama kau nak
ke sana?”
Dia angkat bahu.
“Depends. Kalau cepat aku
berjaya dalam misi aku ni, cepatlah aku balik. Kalau lambat...”
“Kau nak harapkan
akulah untuk pikul semua beban kat sini?”
Bahu orang yang
bertanya itu ditepuk perlahan.
“Aku yakin dan percaya
pada kau. Kau boleh uruskan hal di sini sementara aku tak ada. Lagipun apa nak
disusahkan? Internet kan on dua puluh
empat jam? Bila-bila masa aje kau boleh hubungi aku. Kan?” Dia memujuk.
Ikram mendengus.
Dengan Raif ni, dia memang kalah kalau nak berlawan cakap.
“Lagipun, aku up gaji kau bukan sikit, okey. Dekat
empat ribu ringgit tu! Takkan kau tak boleh nak berdikari sekejap?” Raif
berkata lagi.
Lelaki yang memakai
kemeja berwarna hijau lumut itu mendengus.
“Kadang-kadang, aku
tertanya-tanya jugak. Aku, Mohd Ikram ni personal
assistant engkau ke atau rakan kongsi kau? Kau terlalu percaya pada aku, bro.”
Raif tersenyum.
“Sebab itu kau kena
ingat pesanan aku ni. Jangan sesekali kau khianat dengan aku. Jangan punahkan
kepercayaan yang aku dah bagi.”
Langkah diayun untuk
keluar dari ruang pejabatnya.
“Aku pergi dulu.
Jangan beritahu sesiapa ke mana aku pergi, Ikram. Ini rahsia antara kita berdua
saja. Ingat tu!”
Sebaik sahaja dia
melihat Ikram mengangguk, salam diberi dan dia berlalu pergi.
“Good luck, buddy!” jerit Ikram.
Tangan kanannya Raif
angkat tinggi.
“Yes, good luck to me!”
Dia memberi kata
semangat untuk diri sendiri.
No comments :
Post a Comment