BLURP:
Disebabkan
pengantin lelakinya lari pada hari pernikahan mereka, Eryna buat kerja
gila. Amar, doktor nerd anak jiran sebelah rumah, dilamarnya.
“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi isteri awak? Kita kahwin. Boleh?”
Tentulah Amar
sudi! Yang ajak dia menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang
dicintainya sejak sekian lama! Gila nak tolak? Namun...
“Awak, saya harap kita rahsiakan dulu tentang kita dah nikah ni daripada pengetahuan orang lain di Kuala Lumpur sana.” ~ Eryna.
“Kenapa?
Kenapa orang tak boleh tahu yang kita ni suami isteri? Kenapa perlu
dirahsiakan tentang kita daripada kawan-kawan awak? Awak malu nikah
dengan saya?” ~ Amar.
Amar nekad. Hati
Eryna perlu dicuri sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia
memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Konon, senang dia
hendak mengurat dan mengushar Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh
hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.
Suami sebelah
rumah Eryna memanglah pandai mengambil hati. Sentiasa berusaha untuk
memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis, kawan serumah yang dah
terpikat tahap serius tak peduli apa... Eryna perlu buat keputusan!
Kedatangan ibu
bapa masing-masing menimbulkan huru hara. Banyak soalan yang perlu
dijawab andai mereka tahu Eryna dan Amar tinggal berasingan. Tapi, kalau
tiba-tiba Eryna masuk ke dalam rumah Amar, tentulah Anis akan kecoh
satu dunia! Dalam kemelut, Azlan menambah resah hati Eryna dengan
meminta sedikit ruang untuk hatinya bertapak semula. Begitu juga dengan
kehadiran Doktor Wani yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor
Amar itu dia yang punya.
“Belum jatuh cinta dengan saya lagi?” ~ Amar
Soalan itu untuk siapa sebenarnya? Eryna, Anis atau Doktor Wani yang obses pada suami sebelah rumah dia? Ah, Eryna keliru sudah!
No comments :
Post a Comment